Kualitas
Lelaki Yg Menawan Bagi Perempuan
Kali ini saya akan
membagikan sebuah artikel tentang cara supaya lali-laki menawan bagi seorang
perempuan karena saya sering mencoba cara ini jadi saya berani mensharenya buat
teman-teman.
1. Percaya Diri
Keyakinan diri adalah
kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik
misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton
dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran
yang dimiliki akan menjadi lebih baik.
Berdiri tegak ketika
bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara
terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita
tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.
2. Lelaki Lucu
Jangan bercakap terlalu
serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman
wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih
berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah
tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan
dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana
ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang
dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan
yang melanda jiwanya.
3. Romantik
Wanita sebenarnya
menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna
gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak
berkata-kata. Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang
menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun
mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki
kebanyakannya mahukan yang romantik.
4. Lelaki Bijak
Wanita sering bermimpikan
lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan
menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah
menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin
membaca. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh
mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda
seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang
kelihatan intelek.
5. Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang
lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga
kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan
kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.
6. Bijak Berdandan
Lelaki juga hendaklah bijak
merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan
tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi
dan bersih
Sekian dari saya semoga bermanfaat nuat teman-teman sekalian
No comments:
Post a Comment